Tuesday, June 8, 2010

KENANGAN ABADI

Aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana. Motorsikal dan bas adalah kenderaan utama keluargaku sedangkan yang lain sudah mempunyai kereta untuk ke hulu kehilir.. Namun itu cukup bagiku untuk bersyukur kerana dilimpahi kebahagiaan di dalam kesederhanaan..


Aku bukanlah seorang yang genius di sekolah...Ala2 pandai x pandai..Pembuka jalan ku ialah mata pelajaran Pendidikan Seni Visual..Hemmm..teringat dulu, aku meminta bapaku hadir ke sekolah untuk berjumpa dgn guru penolong kanan bagi menukarkan mata pelajaranku dari p.seni visual ke geografi..Tapi tidak berjaya..aku dinasihati untuk meneruskan kelas seniku..

Aku meneruskan dengan hati yang berat..Yelah...untuk kelas seni adalah merupakan kelas yang agak kebelakang..X mengapa.. Aku menduduki peperiksaan SPM dengan elektif P.seni...berjaya juga...


Aku meneruskan kerjayaku sebagai kerani di Maybank...berbekalkan SPM ku..Namun hatiku masih lagi memberontak untuk menyambung pelajaran..Aku membuat permohonan bagi menyambung pelajaranku di Uitm..Aku berjaya mendapat tempat di Uitm Shah Alam dalam bidang Seni lukis dan seni reka...


Sudah ku bilang, aku pelajar pandai x pandai..namun aku tetap berusaha ...aku cuba membuat artwork ku lebih banyak dari orang lain...kuantiti yang lebih but