Sunday, January 31, 2010

IKONOGRAFI2

Ikonografi ialah satu istilah yang terbit dan digunakan secara meluas oleh pengkritik seni untuk menjelaskan kesenian pada zaman Renaissance (abad 14-17) di Itali melalui lukisan /arca bagi menggambarkan aktiviti keagamaan dalam kebaksian gereja kristian Ortodoks.

Ikonografi ialah satu teori yang diperkenalkan oleh sejarawan seni tersohor 'Erwin Panofsky' (1892-1968) iaitu menggariskan 3 tahap penghayatan yang bersistematik.

Umumnya, Ikonografi yang disebut 'Ikonologi' yang membawa maksud menganalisa imej. Dasar katanya ialah mengenal pasti motif dan imej di dalam sesuatu karya, membuat intepretasi dan penyiasatan yang mendalam untuk mendapatkan makna dari paparan motif dan simbol yang boleh dikaitkan dengan latar budaya dan sosial sesuatu masyarakat.

Monday, January 25, 2010

WACANA SENDIRI

Terkadang sukar untuk aku lakukan,
Namun dengan tekad dan semangat, aku teruskan jua..
Yang ku harapkan hanyalah sokongan dan dorongan diiringi dengan doa.
Terkadang aku berantakan dengan masa dan jiwa..
Ahhh pedulikan itu semua, bisikan hati membawa kesal di jiwa
Adakah perlu aku berundur..Tidak..Tidak..
Jangan sekali-kali kau berkata demikian..Teruskan..Teruskan..
Itu yang perlu kau ikutkan..Kuatkan genggamanmu, teguhkan pemikiranmu
Niat di hati hanya satu...Pastikan ia dicapai mengikut waktu

Saturday, January 23, 2010

KAEDAH ANALOGI

KAEDAH ANALOGI OLEH WILLIAM JJ.GORDON,GEORGE PRINCE(1961)
Kaedah Analogi adalah satu daripada kaedah yang dikenal pasti boleh membantu dan menambahkan lagi ke arah perkembangan minda kreatif.

1. Analogi peribadi
2. Analogi alam
3. Analogi fantasi

Thursday, January 21, 2010

KONSEP KREATIVITI DALAM PENGHASILAN KARYA

AVRIL (2002)

1. Perkembangan idea
2. Mewujudkan perhubungan
3. Penciptaan dan penghasilan
4. Bekerjasama
5. Komunikasi dan penilaian

TEORI KREATIVITI TAYLOR

Calvin W.Taylor ('Multiple Creative Talent")

Dalam teorinya Taylor telah menyarankan 5 jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan ialah:
1. Kreativiti Bersifat Ekspresif
2. Kreativiti Melalui Penghasilan / Teknikal
3. Kreativiti Bersifat Inventif
4. Kreativiti Bersifat Inovatif
5. Kreativiti Bersifat Imaginatif

MODEL PROSES KREATIVITI

GRAHAM WALLAS(1926)


1. PENYEDIAAN (PREAPARATION)
Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau di teroka.
Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.
Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar,
mendrafkan soalan dan idea-idea awal

2. PENGERAMAN (INCUBATION)
Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan
perkara-perkara lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

3. ILUMINASI (ILLUMINATION)
Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan
sedar.Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu
masalah. Pada peringkat ini, individu melalui proses mengenal pasti
karekter.

4. VERIFIKASI (VERIFICATION)
Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini, idea tersebut telah
disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan
dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat persediaan.

Tuesday, January 19, 2010

KESEDARAN SENI VISUAL

Di Art Salon @ Seni, Mont; Kiara bersama Prof. Zulkifli Yusoff (Pelukis) dan rakan


Dari kiri bahagian belakang: Am, Thazul, Nazua, Johanes
Dari kiri bahagian hadapan: Yan, Mail,sis.Fateen
(Dari Fakulti Pendidikan. Sarjana Pendidikan Seni UPSI)
Tugasan yang diberikan oleh Prof. Zakaria Ali membawa kami melangkah pergi ke Art salon Galleri di Mont' Kiara K.L. Walaupun baru sahaja kuliah tamat, kami bergegas ke Mont' Kiara bagi menjalankan tanggungjawab untuk membuat tugasan yang diberikan.




Saturday, January 9, 2010

KENAPA?

KENAPA AKU DI UJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan :"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut: 2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, Allah s.w.t. mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: 216)
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah s.w.t. tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah :286)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).'
(Surah Al-Imran :200)