Friday, January 28, 2011

BABY

Aku kini mengandung hampir 4 bulan...Sebelum ni aku x tulis pun apa2 pasal kandunganku..Suamiku amat gembira dengan kandunganku ini. Begitu juga dengan anak2ku yang tidak sabar dengan kehadiran adik baru mereka terutamanya anakku yang no 2 ini..'ariel'..Sangat suka baby..tiap2 hari Ariel akan cium perutku..sama mcm papa dia..sangat suka cium perutku yang sudah nampak bulatnya..


Tapi aku sebenarnya berada dalam kesakitan yang amat sangat ketika mengandung...Bila datang sakitnya, aku x boleh bangun langsung..aku hanya dapat menangis saja...Dr pun hanya minta aku bertahan...kesakitanku ini berpunca dari syst dalam perut..apabila kandunganku membesar, syst tu dihimpit lalu aku akan berasa sakit...Dr kata, kalau boleh elakkan operation kerana ubat bius mungkin boleh menggugurkan kandunganku...so aku kena bertahan...ubat...hemmm tau lah ubat tahan sakit x digalakkan untuk ibu mengandung...makan pun aku agak x lalu...berat badanku bukan makin naik tetapi makin menurun...ditambah pula aku ada kencing manis waktu mengandung...Aku x boleh jalan laju2 lagi dah...kalau x sakit tu akan datang...Tau lah kalau kesakitan datang aku x boleh buat kerja apa2 langsung..terbaring sajelah...