Sunday, October 17, 2010

SAHABAT

Kisah ini aku dedikasikan kepada sahabat-sahabatku....


Aku mengenalinya sejak sekolah rendah lagi..sama sekolah rendah dan berdekatan dengan rumah..tapi x lah rapat, kenal-kenal camtu jer... Aku rapat dengan kawan aku ni sejak sekolah menengah..Itupun ketika aku ditukarkan ke dalam kelas yang sama dengan kawan aku ni sewaktu di tingkatan 3...Maizeta Mohammad namanya..


Aku dan along (mai) sewaktu pergi P.Pangkor..Rombongan sekolah...



Dia bagus juga orangnya..dan aku ikut jer apa yang dia buat...Pagi-pagi, aku akan membonceng basikalnya ke sekolah...Mai memang larat bawa aku yang berat, tapi bila dia suruh aku pulak bawa dia, he..he..separuh jalan jer...pastu bagi balik kat dia...aku x larat.. Kalau hari hujan, dua-dua basah kuyop mandi hujan....
Aku n mai...


Family dia memang aku kenal..dan dia juga baik dengan family aku...Ke mana saja dia pergi, aku akan ikut....




Aku n family mai..Bapa, Mak, adik mai.....Dok makan kenduri umah saper pun aku x ingat


Azizah Salleh, dia aku kenal sewaktu aku bekerja di sebuah syarikat komoditi..Pastu aku kenalkan dia dengan mai..So sudah bertambahlah kawan rapatku..Dorang ni ada persamaan iaitu suka aktiviti berkhemah...selalu jer pergi...Macam-macam gunung dorang ni dah daki....kadang-kadang aku pun joint sama..Walaupun ketika itu aku sedang melanjutkan pelajaranku di Uitm, so maknanya x berduit...dorang lah yang menampung segala perbelanjaan ke mana saja yang dorang nak bawaku...Seronok...Kadang2, pergi dan balik dari uitm pun dorang yang menjemput dan menghantarku..Bab-bab lain, jangan cakap lah...Dorang selalu menyokong segala apa yang aku lakukan... Tq so much...

Aku, jijah n mai...Di Tanjung Keling Melaka....

Aku, Mai n Jit kat Pahang...
Ketika bercamping...x ingat kat mana...Rasanyer di "Berkelah"..
Aku, Mai n Jit di Gua Tempurung...Balik tu aku kena demam denggi..hu..hu..
Bersantai di Genting Highland....Syoookkkkk...


Di antara kami, mai lah yang kawin dulu...Dia kawin dengan Bear...(Arman Setapa)...Jejaka yang berjaya mencuit hatinya ketika dalam hutan di aktiviti perkhemahan. Aku ingat lagi, lagu tema cinta dorang berdua lagu kumpulan spring.(kita ditakdirkan jatuh cinta)...jiwangggg karattt. Dah ada 3 orang anak dah dia..2 lelaki dan sorang perempuan...hemm...Pastu aku lak kawin...n last sekali barulah jit kawin..n dikurniakan seorang hero...


Sewaktu mai kahwin...Aku, Jit, Ela n my beloved husband...(waktu tu aku belum pun kahwin)



Mai, Jit n Ela...di hari pernikahanku.....

Mai jadi pengapit aku sewaktu kenduri di rumahku.....

Jit pengapit di hari pekahwinanku di Muar...(rumah husband)




Suhaila sood..dia ni pun satu kelas dengan aku n mai...waktu dia baru masuk...pendiam giler...dengan rambutnya yang panjang...Tapi lama kelamaan ok jer dengan kita orang..Emm dia lebih rapat dengan si mai...aku kadang2 jer..tapi baik n rapat juga lah dengan dia....Ada juga keluar bersama g minum kat mamak..


Inilah suhaila sood......




Ela n jit....


Ketika berkawan, memang ler ada pasang surutnya..bergaduh, masam muka, macam-macam lagilah...tapi persahabatan kami tetap rapat hinggalah sekarang..walaupun jarang jumpa, namun persahabatan ini x akan putus...Aku amat bersyukur mempunyai sahabat seperti ini...aku harapkan persahabatan ini kekal hingga kita tua yer long...jit...ela...


Luv u All.......4 ever....




Sajak ini aku tujukan untuk mai, jit n ela.....



Sahabat...

Aku memerlukannya dalam hidupku,
susah senang kehidupanku, aku perlukan tempat untuk luahkan,
Biarpun hidup kita berbeza, namun hati kita ada kesatuan..
Biarpun pendapat tidak sama, namun diakhirnya ada penyelesaian
Biarpun sesibuk mana...tetap kita luangkan...



Sahabat...

Andainya aku yang pergi dulu...Kuharapkan sahabatku mendoakanku..
Jenguk-jenguklah anak-anakku seperti mana kau jenguk diriku ...
Aku turut mendoakan kalian,
menjalani kehidupan yang membahagiakan...
kerna jika kalian bahagia, aku turut bahagia..
Dan diakhirnya, kita sama-sama bahagia....


Sahabat...

Suka duka kita, kan kuabadikan selamanya..
Kenangan bersama, tetap segar dalam ingatan...
Ku harapkan persahabatan kita terus berpanjangan...
Terus kekal hingga ke akhir zaman...





Thursday, October 14, 2010

INI LAH KISAHKU

Ini kisahku yang ingin ku kongsikan bersama, terutamanya dengan anak didikku...
Aku bukannya seorang anak yang bijak tapi agak sederhana sahaja dalam pelajaran..

Di sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia...., aku mengambil bidang sastera..Aku dicadangkan oleh pihak sekolah untuk mengambil elektif pendidikan seni...'Alamak'...aku x minat senilah...nyanyi aku minat..tapi bab melukis, aku x suka..Ini kerana aku pernah digelakkan oleh rakanku ketika aku melukis dalam kelas..



Aku di sekolah


Abah..abah gi sekolah boleh..yan x nak ambil seni lah abah...Sekolah minta yan ambil seni..yan nak ambil geografi sama macam along..(kawan baikku MAIZETA MOHAMMAD)...Abah bagi taulah kat cikgu...Emm ok lah..nanti abah g sekolah esok..

Keesokkannya abah aku dengan gagahnya pergi ke sekolah..Jumpa Penolong kanan untuk memintanya menukarkan ku ke dalam kelas yang mengambil matapelajaran geografi...Maaf encik..saya rasa, eloklah anak encik cuba dulu kelas pendidikan seni ini...demi masa depannya..Abah memujukku untuk terus berada di dalam kelas seni yang ketika itu En kamal adalah guru seniku...Dan di situlah bermulanya kisah aku dengan seni.....

Aku dengan kawan aku Hanapiah..kini seorang Polis Trafik....

Aku belajarlah sehingga tamatnya spm..kemudian setelah mendapat keputusan, aku bekerja di Maybank finance jalan medan Tuanku...itu bukan penamatnya aku dengan seni...Pada mulanya aku seronok bekerja..masa itu kerja di bank sebagai kerani ku rasakan gah...walaupun gajinya sedikit, namun aku bangga mendapat tempat di situ..


Setelah hampir 2 tahun aku bekerja, aku merasakan kosong dalam hidupku..aku lihat kakakku seronok berada di alam universiti..dan bermulanya hatiku berdetik sewaktu aku melihat kakakku memakai jubah..Da..aku nak cuba jubah ni...kakak aku pun jawab..ko jangan cuba nanti ko x kan merasa nak pakai jubah lagi..ish..betul ker..aku pun x jadi mencuba jubahnya..

kakak ku...yang menjadi kebanggaanku...

Balik dari konvokesyen kakak ku...aku memohon dengan itm dalam jurusan sekretari eksekutif...wah glamor kot..tapi aku x dapat..bukan rezekiku...kemudian kupohon lagi..tapi dalam jurusan yang aku agak berat pada mulanya..iaitu art n design...'Dapat'....Aku terfikir-fikir nak pergi atau tidak..Aku bertanya pendapat abahku..bah..boleh ker yan buat...boleh ker kita bayar semua perbelanjaan...Abahku kata..insyaallah, boleh..

Dan bermulanya episod aku dalam kehidupan sebagai seorang pelajar seni..kih..kih...Kadang kala aku fikirkan semula, seni ni lah yang aku paling x suka, telah menjadi subjek major dalam hidupku..aku teruskan belajar...Semester pertama, aku agak susah nak ikut...aku cuma berpandukan rakan-rakanku..Dorang buat, aku buat..entah apa2 entah yang aku buat pun aku tak tau..Aku ingat lagi..aku berkawan dengan kawanku yang bernama insyirah...lawa dan pandai orangnya terutama dalam bab-bab melukis..aku ikut cara dia buat kerja..hemm..memang tangan aku keras ...semester pertama teruk juga aku dapat..x sampai 3 pointer..ish..biar benar..



Aku dan rakan-rakan ku

Aku dengan artworkku



Aku teruskan jua..jangan gagal dah ler...abis duit abah aku kang..aku belajar dan belajar....akhirnya aku berjaya habiskan belajar .....Dalam pada itu aku berjaya 2 kali mendapat SIJIL DEKAN...aku mampu tersenyum...akhirnya aku berjaya juga untuk memakai jubah dan naik pentas seperti orang lain dan di beri IJAZAH SARJANA MUDA SENI REKA TEKSTIL..


Aku, abah n mak....luv u 2


Di hari konvo...


Habis belajar aku mencari kerja...dalam pada itu, puaslah abahku memendam rasa..ini kerana dia diperli oleh rakan2nya..."mana anak hang nak kerja?"...Kerja kat pasaq seni lah kot.....(bapa aku orang kedah) jahat betul mulut dorang ni...x per..x per...ko buat abahku camni..Ko perli abah aku ek......ingat aper..dengan seni x leh hidup ke!!!!!

Aku berjaya mendapat tempat sebagai seorang guru seni di Sekolah International Sri Cempaka, Damansara....barulah abahku tersenyum sedikit..aku bekerja dengan happy..sebab, suasananya pun best, ajar anak2 orang kaya lak tu..hemm...enjoy sungguh...Dalam pada tu, seorang kawan aku datang padaku..yan ...ko x nak mohon maktab perguruan ker..alahhh..dah lambat ler...x sempat aku nak beli borang pun...nak isi lagi..kata aku...Ko ni yan...xperlah aku belikan untuk ko..nanti ko isi, ko bagi kat aku. Aku hantarkan sekali...(Itulah jasa kawan aku..dia sendiri x dapat masuk..mungkin rezeki dia di tempat lain)


Yan..yan..ko kena panggil interview x..Aku dapat..ko dapat x panggilan interview..Dapat..jawabku..tapi aku x tau lah nak pegi atau tidak...dah ler tempat interview tu aku x reti nak g...


Balik rumah abahku tanya..bila hang nak g interview? Abah temankan..

Aku pun g interview dengan abahku..dia tunggu sampai sudah.....Tapi pada masa itu, aku keberatan untuk pergi interview kerana aku sudah ada kerja yang selesa..Aku pun turutkan dengan hati yang sedikit terpaksa...Aku lihat, orang lain datang dengan membawa berbag2 artwork...termasuklah kawan aku yang tolong aku hantar borang haritu..Yang aku ni x bawa benda pun..Hanya bawa sijil2..emm..x da harapan...


Tiit..titt.....hon posmen datang..bawa surat...Abahku sambut dan buka surat..Yan ..hang dapat maktab...Suka bukan kepalang abahku...aku tidak rasa apa2 kerana hatiku x mau pergi...Emm aku dah ada kerja..dan aku nak kawin...itu yang ada dalam kepala otak aku.


Abah..yan x mau g lah..yan bukannya x de kerja...jadi cikgu gak..sama jer...

Yaallah ...aku kecewakan hati abahku...Siang malam abahku menung...x tidor..Yaallahh...ishh..x boleh jadi...aku pun bertanya pada bakal suamiku..adakah dia sanggup menungguku untuk belajar...dia jawab pergilah..bukan lama pun setahun jer...Pergilah aku ke Maktab Perguruan Batu Pahat Johor untuk menjadi bakal seorang guru lepasan siswazah...


Melangkah aku di Maktab Perguruan Batu Pahat ..aku belajar...kali ini aku nekad akan belajar bersungguh2 ....aku x mau abah kecewa..bakal suamiku kecewa..keluarga ku kecewa...hu..hu...dalam pada aku belajar ..aku kawin juga akhirnya..Tapi pihak maktab x tau pun...



aku dan suami ku yang tercinta...luv u pa


Pejam celik pejam celik..habis sudah pengajianku dalam bidang pendidikan seni...ya..aku akan jadi guru seni akhirnya...hemm...aku juga tak menyangka, aku berjaya menjadi pelajar terbaik keseluruhan praktikum...Yaallah...Aku sungguh x percaya....Aku naik pentas dua kali...Tapi aku sedikit ralat kerana abah n mak aku x dapat pergi melihat kejayaan ku kerana menjaga anakku yang baru sahaja habis pantang. Hanya suamiku sahaja yang melihat kejayaan ini...Tapi x per..aku bawa balik gambar aku memakai jubah buat kali kedua dan hadiah pelajar terbaik yang aku terima..abah ku tersenyum puas...Abahku bangga...Aku juga berjaya mendapat tempat mengajar di sekolah seksyen 11 shah alam, kemudian di SMK seafield dan akhir sekali aku di smk sungai pusu, gombak.


Aku dengan rakan seperjuangan ..di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor....


Sewaktu aku berada dalam jawatanku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah @ Guru, aku telah di beri satu lagi kejutan..Emm aku telah mendapat ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ...Alhamdulillah...


Di hari APC

Dan kini ..abahku senyum lagi kerana aku berjaya mendapat biasiswa bergaji penuh yang di taja oleh KPM untuk menyambung pelajaranku dalam bidang PENDIDIKAN SENI DI UPSI.....di peringkat MASTER...Yaallah permudahkanlah urusanku untuk aku sudahkan pengajianku...Panjangkanlah umur abah n ibuku untuk melihat kejayaanku sekali lagi...

Bersama rakan master pendidikan seni..sewaktu lawatan di Makassar, sulawesi


Disini aku bukannya nak riak atau bangga diri...aku ingin berkongsi pada anak didikku dan orang lain, kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa kita...dan restu mereka amatlah kita perlukan...jika aku x mendengar nasihat abahku...pastinya aku tidak berada ditempat sekarang ini...Dan satu lagi...seni ini bukan lah satu bidang yang tiada masa depan..LUV U ALL........


Abah...mak...n anak-anak ku


Abah...mak..yan sayang pada kalian berdua...walaupun x ditunjukkan pada zahirnya, namun di batinku terbuku segalanya hingga ke akhir hayat... Terima kasih yang teramat sangat...tidak terbalas segala apa yang telah diberikan....