Friday, February 12, 2010

LUKISAN

Albrecht Durer-‘Head of an Apostle’


Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan, cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama. Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk lanskap yang menarik.

FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN

Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat.
Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain.
Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan.
Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan.
Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.

JENIS-JENIS GARISAN

JENIS-JENIS LUKISAN
1. Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

2. Lukisan Kartun.
Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun Digambarkan melalui tema jenaka

3. Lukisan Gesturea.
Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik. Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.





4. Lukisan Fantasi Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan



5. Lukisan Kontour



6. Lukisan Kajian

Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci







7. Lukisan Ilustrasi


Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.





8. Lukisan Figuratif

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia






KUALITI GARISAN




Kualiti garisan merujuk kepada setiap sifat garisan yang dihasilkan semasa melukis. Pelukis akan menentukan setiap garisan yang akan dibuat sama ada garisan tegas tanpa banyak variasi, variasi dalam pemberatan seperti pada lukisan kontour, garisan berulang-ulang (semacam pergerakan/ritma)-pergerakan fizikal.

Jelasnya kualiti garisan tidak menggambarkan tenaga gestural yang terhasil dari strok pensel (kekuatan tekanan yang diberi) atau arang atau medium yang lain semasa melukis. Garisan yang dihasilkan melalui lukisan menjadikan kualiti ini sebagai faktor penting dalam menentukan karektor ekspresif kepada imej terutamanya dalam lukisan kontour dan hatching.




LUKISAN


1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.

2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.

4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.

5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).

8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.



SEJARAH LUKISAN


Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.




MEDIA


Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.




TUJUAN PENGHASILAN


Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.



CATAN PELUKIS MALAYSIA

Amron Omar’s (b. 1957),Study for Pertarungan II, 1980, Charcoal on paper, 78 x 108 cm

Tay Mo Leong,Kampung in the Moonlight, 1977, Batik, 80 x 60 cm



Cheong Soo Pieng (1917-1983)Untitled (Harvesting), 1961, Oil on canvas, 89 x 120 cm


Chuah Thean Teng (b. 1914)Footballer, c.1958-64, Batik, 87.5 x 67.5 cm



Latiff Mohidin, Pago pago


Latiff Mohidin (b. 1941)Untitled (Berlin), 1962, Oil on canvas, 98 x 77 cm



Syed Ahmad Jamal,Pfft!, 1967, Acrylic on canvas, 120 x 80 cm


Redza Piyadasa (b. 1939),Malay Couple, 1988, Mixed media collage, 60 x 50 cm



Mohamed Hoessein Enas, The Havester, 1989




Yong Mun Sen (1896-1962), Untitled, 1953, Watercolour on Paper, 48.5 x 62.5cm




Mohamed Hoessein Enas (1924-1995)
Untitled, c. late 1950s - early 60s, Oil on board, 49 x 39 cm






































































































MATLAMAT KRSV

Pelaksanaan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual bertujuan memenuhi matlamat Pendidikan Seni Visual yang menumpukan kepada nilai keperibadian, kritis dan kreatif, celik budaya, berpengetahuan secara imaginatif, berkemahiran secara kolektif serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan kerja kursus ini memberi pengalaman kepada calon untuk membuat kajian dan penerokaan kepada penemuan-penemuan baru dengan mengutarakan idea-idea kreatif dan relevan dengan keperluan persekitaran. Calon dibimbing oleh guru untuk mencari, menganalisa, mengolah serta mencerakinkan minda bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.

Pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dapat melahirkan generasi yang peka dan sensitif serta berfikiran kreatif terhadap persekitaran dan keperluan-keperluan semasa, celik seni, berminat dan berfikiran terbuka. Mengamalkan sikap prihatin dan menghargai setiap kejadian dengan nilai-nilai yang tinggi.

Wednesday, February 3, 2010

WACANA SENDIRI 2

Tiba-tiba hati bergetar...
oh..tidak..tidak...tak mungkin..
Mengimbau kembali kenangan lalu
Aku tak mungkin berpaling
Namun hatiku ingin juga tahu
Tidak salah seandainya aku tahu
Salahkah??Salahkah??
Biarkan lah aku terus begini...
Wacana sendiri di dalam hati.